Welcome Aboard Mariners Alike - Malaysia Rule The Waves

its hard to describe how a man could left everything he had on land and went out to sea...
its even harder to describe how bright the stars at night and how fresh the cool morning air when you are in the middle of the ocean...
the hardest thing is to describe how close you are to death and how god could took your life at any time...
come to sea and see for yourself...

GOD SPEED AND FAIR WINDS


come to sea and see for yourself

this blog is dedicated to mariners,navigators and seafarers alike, merchant or naval for others to had a glimpse of what we do and what we faced in the vast blue oceans.

Disclaimer :
Please inform in advance the owner of this site if you tend to use any postings entitled or labeled "story of watch keeping officer"..."nautical studies" and "panorama di laut biru" in this site for your website or for any other purposes.

The owner could be contacted through Facebook or email at kartefower_444@yahoo.co.uk

Thank you.

Sunday, December 20, 2009

Segitiga Bermuda - Ia tidak lagi misterius...


sistem hurikan merentangi segitiga bermuda - keje iblis atau keje tuhan..??


entri Bahasa Malaysia...


siapa yg tak tahu misteri dan fenomena di Segitiga Bermuda...kawasan yg merentangi Kepulauan Bermuda..Florida dan Puerto Rico ini kononnya menelan kapal dan pesawat yg menjadi igauan para pendokong teori konspirasi paranormal dan menjadi kritikan para pengkaji saintifik yg skeptikal...serta menjadi perkara yg mengasyikkan bagi penggemar perkara misterius paranormal dan pendokong fahaman anti-christ....

sekian lama wilayah yg dipanggil kerajaan iblis oleh publikasi2 terkemuka baik berfahaman orientalis mahupun yg bersandarkan fahaman Islam ini menjadi sesuatu yg ditakuti umum akan kewujudannya...

namun hakikatnya...cerita-cerita misteri kehilangan skuadron pesawat tempur...kapal yg ditinggalkan tanpa krew dan kapal yg karam di samudera Bermuda tidak lain hanyalah fantasia paranormal yg direka2 untuk mengambil perhatian umum serta bertujuan meningkatkan jualan publikasi atau melonjakkan hit counter blog2 misterius paranormal duniawi...


kisah kehilangan kapal dan kapal terbang di wilayah samudera iblis ini berlaku seawal abad ke 20 dimana perlayaran merentasi lautan Atlantik dan perdagangan di kepulauan2 Carribean mencapai kemuncaknya...perkapalan adalah aktiviti utama dimana ia adalah satu2nya cara bagi pedagang untuk membawa bahan mentah dan lain2 komoditi dari koloni2 yg bertaburan ke negara2 imperialis...

perkapalan pada waktu itu bergantung sepenuhnya kepada teknologi kompas magnetik dan pemerhatian objek samawi untuk menentukan kedudukan...

radar...penentu kedudukan global...malah penentu kedudukan radio masih lagi dalam peringkat awal kajian dan belum di aplikasikan sepenuhnya kepada kapal2 ketika itu...

wilayah laut ini juga terkenal dengan perbezaan garis medan magnetik bumi yg ketara...dimana garis variasi magnetik ini akan menyebabkan ralat pada kompas magnetik menjadi amat besar...dan boleh menyebabkan pelaut hilang arah sebenar perlayaran dan jika nasib tidak menyebelahi mereka...terjebak ke kawasan ribut tropika yg sememangnya akan memusnahkan apa sahaja dalam laluannya...

walaubagaimanapun..misteri kehilangan kapal dan pesawat di wilayah laut ini seolah2 sengaja di fantasiakan dgn fenomena paranormal dan penglibatan makhluk ekstra-terresterial mahupun ekstra-dimensional padahal bilangan kes kehilangan kapal di kawasan ini adalah selari dengan bilangan kes kehilangan kapal di wilayah laut lain di seluruh dunia....

andai kata betul banyak kapal yg karam di wilayah Segitiga Bermuda ini...bagaimana dengan Laut Utara yg turut terkenal dengan jumlah kapal yg karam dipukul ribut...adakah wujud Segitiga Iblis disana...?

iblis atau tidak...jawapan kepada misteri2 ini boleh disangkal dengan mudah dan logikal..

sistem cuaca di kawasan Bermuda ini sehingga hari ini terkenal dengan laluan hurikan bermusim yg sentiasa membadai pesisir pantai Amerika dan Kepulauan Carribean..dan tidak hairanlah..sebelum era satelit cuaca angkasa lepas dan radar doppler yg dapat mengesan sistem ribut tropika dari stesen pemancar di daratan...kapal2 menjadi mangsa pukulan hurikan dan karam tanpa dikesan lagi...

pada hari ini...jumlah kapal dan pesawat yg hilang akibat kejadian paranormal hampir kepada tiada tetapi penjelasan logikal bg kehilangan misterius dapat diberikan...

adakah iblis tidak lagi berminat untuk menculik manusia dan menembak jatuh pesawat...??

sepatutnya lebih banyak kapal yg hilang secara misterius di wilayah laut Bermuda pada masa kini kerana pertambahan laluan perkapalan merentasi Terusan Panama dan penemuan petroleum dan gas di Teluk Mexico...

tetapi ini tidak terjadi...ini disebabkan sistem amaran awal cuaca yg lebih konprehensif dan efektif yg dipancarkan oleh jabatan meteorologi kepada perkapalan pada masa sebenar...membolehkan kapal2 utk mengambil tindakan mengelak dan berlindung di kawasan yg tidak dilanda hurikan...sesuatu yg jarang dilakukan pada awal abad ke 20....

ini ditambah dengan kemajuan teknologi navigasi yg banyak membantu pelaut dan nakhoda utk menentukan kedudukan mereka dengan lebih tepat serta menetapkan haluan mereka di laluan yg selamat dari bahaya...selain wujud pelbagai sistem komunikasi kecemasan ditempatkan diatas kapal....

suatu ketika dahulu kapal2 hanya dilengkapi radio dan jangakuan jaraknya adalah terhad...sekiranya berlaku kecemasan hanya kapal2 yg berlayar berdekatan akan dapat mendengar siaran..itu pun jika ada kapal yg berdekatan...jika nasib tidak menyebelahi mereka..maka mereka akan hilang di pukul ribut atau mati di tangan lanun tanpa sebarang kesan pun ditinggalkan...

ramalan cuaca juga agak terhad kepada siaran radio atau berdasarkan pemerhatian pelaut sendiri terhadap perubahan cuaca sekeliling seabad yg lalu...pada masa kini...satelit cuaca mendominasi ramalan cuaca dan pelaut akan mendapat laporan sinoptik mengenai sistem cuaca satu2 kawasan dengan tepat dan terkini...siaran radio jarak jauh mengenai perubahan cuaca juga boleh didapati dengan mudah...

segitiga ini tidak lagi misterius pada hari ini kerana jelas..dengan perkembangan dan kemajuan teknologi komunikasi dan navigasi...kapal dan pesawat dapat melalui wilayah iblis ini dengan selamat tidak seperti suatu ketika dahulu...tanpa perlu risau akan wujudnya gerbang neraka yg akan terbuka dan menelan mereka yg menduga samudera di sana...

-come to sea and see for yourself-

2 comments:

hydé.ben.basiran. said...

dulu iblis kecik comel lagi, so dia pun suka la main kapal terbang dan kapal laut semua. sekarang dia pun dah tua, dah takde masa nak main semua benda tu.

ikansadinmknorang said...

haha..masing2 da besar..skang dok merempit je...