the "sprong" is ur pair of superhuman eyes
lima kali deringan telefon membawa aku kembali ke dunia realiti. jam menunjukkan pukul 2330H.hati masih mahu terus berada dalam keenakan mimpi jauh sekali meninggalkan tempat beradu yg sedia hangat dari kedinginan.
bingkas bangun menuju kamar mandi, aku bersiap membersihkan diri utk menghadapi satu lagi hari dgn rutin yg sama.kegelapan malam menyelubungi bahagian dunia ini sementara kehidupan manusia di bahagian yg lain berbeza mengikut rentas waktu berbeza. kerdipan gugusan orion jelas kelihatan di angkasa raya menyebabkan aku merenung dgn lebih dalam kepekatan malam itu.
sebelum keluar dari kabin aku sempat merokok,satu ketagihan yg amat sukar aku tangkis kini.dunhill 20 kotak merah dari rotterdam masih byk dlm simpanan aku.perlahan-lahan aku mengorak langkah ke anjungan utk memulakan tugas.senyap dan sunyi.penghuni kapal ini sedang enak dibuai mimpi setelah seharian bekerja demi menyara keluarga tercinta yg jauh dari mata.langkah ku ke anjungan di teruskan.
pegawai ketiga ariff sedang mencatatkan kedudukan akhir kapal dan bersiap-siap utk mengemaskinikan log sebelum menyerahkan tugas kepada aku.keadaan dilaut juga sunyi.hanya deruan angin dan pukulan ombak menjadi teman. tiada kelibat kapal lain kelihatan sepanjang waktu pengawasan pegawai ketiga tadi. vhf juga senyap.tiada suara pelaut lain berbicara.
lautan hindi yg berkeluasan 73.366 juta km persegi sedikit tenang berbanding beberapa hari lepas. sejak sekian lama lautan ini menjadi laluan perdagangan tamdaun- tamadun manusia dari barat dan timur. hari ini enjin diesel menggantikan layaran dan jika dahulu rempah ratus dan kayu setanggi menjadi aset kini produk oleokimia dan petroleum merupakan komoditi utama negara.
pegawai ketiga ariff menyerahkan tugas kepada aku malam itu dgn kapal dalam keadaan baik.tiada pesanan khas dari nakhoda mahupun ketua pegawai melainkan catatan di master night order...
'if any doubt call master' katanya sambil tergelak krn kami menyebutnya serentak.
selesai serah tugas beliau memohon utk mengundurkan diri.katanya mahu sambung bermain Gran Turismo di officer lounge.
'ok lah bro..all yours.ak nak sambung main GT..smlm baru angkat GTR..ini hari mau setting-setting pastu test power tgk boleh kasi itu 370Z makan asap ke x...'
'ok..thanx.ko gi lah sambung game ko tu.jgn delete profile aku udah.itu hari OS halim pergi delete.mampus nak main dari mula weh.'
'orait...turun dulu ok..selamat...'
kelajuan 14.5 knot tertera pada paparan speed indicator.haluan gyro dan magnetik kekal sejak 2 jam lalu dan akan berterusan sehingga pagi nanti.auto pilot menggantikan tugas helmsmen utk perlayaran laut lepas.
tiada perubahan haluan sehingga aku turun awal pagi nanti.
radar 3cm dan 10cm terpasang setiap masa bg membantu pegawai bertugas utk mengesan kehadiran kapal atau objek yg hanyut dilaut selain mengenal pasti risiko perlanggaran.radio vhf diletakkan pada channel 16 dan 70 utk mendengar sebarang isyarat komunikasi kecemasan.
kedudukan kapal dicatatkan setiap 30 minit.kelajuan angin adalah 20 knots dari timur laut 350 batu dari daratan terdekat.kelibat kapal-kapal lain mula kelihatan.jam 0210H dua buah kapal kontena dikesan pada jarak 21 batu nautika bergerak dari arah bertentangan secara visual.jarak penglihatan amat baik pada malam itu.aku memeriksa AIS (automatic identification system) utk mengetahui lebih lanjut identiti kapal tersebut.
CMA CGM andromeda dan san francisco bridge seolah-olah berlumba antara satu sama lain dgn kelajuan masing-masing menghampiri 24 knots menuju destinasi mereka di Tanjung Pelepas dan Singapura.
'nak gi mana laju-laju tu...rileks laa..' kata AB (able bodied seaman) sudin...
'kita bawak slow je bang...makan-makan angin..' jawabku
'tu la pasal..layan je time belayar..xde nak kejar-kejar...punya byk lampu dia dari depan sampai belakang..cam highway lak...' balas AB aku sambil tersengih...
jam 0300H aku memasukkan catatan kedudukan kapal dan mengemaskini EGC (enhanced group calling) Safety-Net yg diterima.kebanyakan mesej yg diterima adalah mengenai keadaan cuaca lautan hindi dan perairan berhampiran serta ramalan cuaca utk hari-hari mendatang.tidak dilupakan mesej keselamatan mengenai insiden pelanunan oleh IMB-PRC (internatinal maritime bureau-piracy reporting center) di kuala lumpur.
laporan terkini mengatakan bahawa sebuah kapal kontena dan sebuah kapal pengangkut pukal yg didaftarkan di panama dan indonesia telah diserang lanun, namun mereka gagal utk menaiki kapal tersebut setelah anak-anak kapal menyerang balas dgn molotov cocktail dan semburan hos bomba.
langkah berjaga-jaga merupakan perkara yg terbaik utk dilaksanakan.meletakkan anggota tambahan di anjungan,laluan masuk utama dikunci dari dalam,memasang hos bomba dgn semburan air tekanan tinggi dan suluhan lampu geladak merupakan antara langkah-langkah yg boleh diambil kapal-kapal dagang kerana kami dilarang utk membawa segala bentuk senjata api.
mesej-mesej tersebut di kepilkan pada notis ramalan cuaca dan log insiden lanun.kemudian catatan dibuat pada buku log GMDSS (global maritime distress and safety system) utk rekod.
bilangan trafik mula bertambah.jauh disebelah port dan starboard terdapat masing-masing 3 buah kapal.dihadapan aku terdapat 2 buah lagi kapal bergerak dari arah bertentangan.kami kini menghampiri teluk aden, antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia dan ditambah kawasan ancaman serangan lanun yg paling tinggi di dunia.
pada jam 0324H kami menerima panggilan melalui vhf...
'nine mike charlie hotel three..nine mike charlie hotel three..this is NATO coalition warship calling on channel one six...'
'NATO warship this is nine mike charlie hotel three on channel one six go ahead sir...'
'nine mike charlie hotel three..please be advise several sightings of unmark high speed craft has been detected in this area..please keep a vigilante radar and visual lookout..over'
'...copy that sir..unmark high speed craft detected in this area..we will maintain vigilante radar and visual lookout..over..'
'..roger that nine mike charlie hotel three...we will monitor your vessel movement until relieved by royal malaysian navy warship...please standby channel one six'
'..copy that sir...thank you for the assistance..stand by one six..'
kapal perang NATO tersebut berada 19 batu nautika dari kedudukan kapal.nakhoda telah diberitahu dan beliau berpesan utk meningkatkan tahap pengawasan bermula jam 0400H.kebiasaannya akan terdapat dua orang di anjungan tetapi selepas ini terdapat tambahan seorang lagi watchkeeper selalunya OS (ordinary seaman) atau kadet utk meningkatkan tahap pengawasan.ini merupakan langkah pencegahan awal utk mengesan kehadiran lanun.
lanun-lanun somalia ini dikatakan mampu melaksanakan operasi hingga jarak melebihi 500 batu nautika dari pantai, menyebabkan industri perkapalan meletakkan langkah berjaga-jaga walaupun berada jauh dari pantai somalia.kehadiran kapal perang tentera laut antarabangsa masih belum dapat mengekang sepenuhnya serangan lanun, walaupun terdapat pengurangan jumlah serangan terhadap kapal-kapal dagang.
keadaan trafik sedikit mengancam di saat-saat akhir.sebuah kapal sedang menunda platform cari gali minyak melintas pada jarak 17 batu nautika bergerak pada kelajuan 10 knots disebelah kiri kapal aku.keupayaannya utk bertindak dan mengelak adalah terhad berdasarkan isyarat lampu yg ditunjukkan.setelah memastikan keadaan trafik di kawasan lain adalah selamat, haluan kapal diubah sebanyak 50 darjah ke kiri utk mengelak kapal tersebut.
pemerhatian dibuat terhadap tindakan yg aku ambil bg memastikan aku melepasi kapal tersebut dengan selamat selain mengambil kira keadaan trafik di sekeliling.
''assalamualaikum...''
''waalaikumsalam dato'..selamat pagi...''
''wah...2nd x naik ke...?''
''die dah x naik dah...kapten suruh die turun daywork...OJT (on job training) dgn chief mate..aku la dok menggagau kat atas nie...''
''hahaha...ok la tu..dia pun dah sampai masa nak promote...''
Jam 0415H aku menyerahkan sepenuhnya tugas kepada pegwai ketiga zul.tugasnya agak berat sedikit kerana kapal akan berada di soqotra pada waktu tugasnya.keadaan trafik juga semakin bertambah kerana laluan perkapalan yg semakin sempit hingga bab al mandeb.jumlah kapal yg keluar dari laut merah adalah sama banyak dgn jumlah kapal dari lautan hindi dgn haluan masing-masing bertindih antara satu sama lain.
tugas kapal perang NATO yg mengiringi kami telah diambil alih oleh kapal perang tentera laut diraja malaysia.panggilan radio telah dibuat dan mrk akan menghantar anggota pasukan khas laut utk tujuan keselamatan.
siap meyerahkan tugas, aku mengundurkan diri dari anjungan...esok jam 1200H aku akan kembali semula,dgn rutin yg sedikit berbeza..chart correction yg ditinggalkan kepada aku oleh pegawai kedua masih byk dan terbengkalai...
'xpe...slow2....'
-nama yg disebutkan adalah rekaan semata-mata..namun senario yg digambarkan adalah sebahagian dari situasi sebenar kehidupan dan tanggungjawab pegawai navigasi-
....come to sea and see for yourself....
No comments:
Post a Comment