Welcome Aboard Mariners Alike - Malaysia Rule The Waves

its hard to describe how a man could left everything he had on land and went out to sea...
its even harder to describe how bright the stars at night and how fresh the cool morning air when you are in the middle of the ocean...
the hardest thing is to describe how close you are to death and how god could took your life at any time...
come to sea and see for yourself...

GOD SPEED AND FAIR WINDS


come to sea and see for yourself

this blog is dedicated to mariners,navigators and seafarers alike, merchant or naval for others to had a glimpse of what we do and what we faced in the vast blue oceans.

Disclaimer :
Please inform in advance the owner of this site if you tend to use any postings entitled or labeled "story of watch keeping officer"..."nautical studies" and "panorama di laut biru" in this site for your website or for any other purposes.

The owner could be contacted through Facebook or email at kartefower_444@yahoo.co.uk

Thank you.

Thursday, September 3, 2009

Sea Launch : Teknologi Pelancaran Roket Samudera


 Sea Launch Commander (jauh) dan Ocean Odyssey sblm pelancaran


Sea Launch Commander dan Ocean Odyssey berlabuh di fasilitas Long Beach

Sea Launch adalah sebuah konsortium 4 buah negara yg menjalankan perkhidmatan pelancaran satelit dari laut.Menggunakan roket Zenit 3SL buatan Rusia dan Ukraine,kapal arahan dan platform pelancaran yg dibina di Norway serta krew teknikal integrasi dan konfigurasi sistem penerbangan roket dari Amerika,Sea Launch membuktikan keupayaan pelancaran roket dan satelit untuk kegunaan konvensional dari platform mudah alih berhampiran garisan khatulistiwa bagi mendapatkan kedudukan pelancaran optimum bagi mengurangkan kos pelancaran dan meningkatkan kapasiti beban bayar(payload).

Sea Launch di tubuhkan dan didaftar di kepulauan Cayman pada tahun 1995 dimiliki empat konsortium multinasional yg bertanggung jawab terhadap medan kepakaran masing-masing.

Aker Solutions merupakan konsortium Norway yg menyediakan perkhidmatan pembangunan dalam kejuruteraan marin,industri petroleum, gas dan kimia, penerokaan pesisir pantai,perlombongan dan penjanaan tenaga secara global.

Konsortium ini terlibat dalam pembinaan kapal arahan Sea Launch Commander dan platform pelancaran roket Ocean Odyssey.

OCEAN ODYSSEY
Ocean Odyssey berdimensi 133m panjang dan 67m lebar dengan displacement 30000 ton(tanpa beban) dan 50600 ton (dgn beban) dilengkapi kemudahan tempat tinggal, perubatan dan rekreasi utk 68 orang anak kapal pada asalnya adalah kemudahan platform luar pantai mudah gerak (mobile offshore drilling unit) utk tujuan penerokaan petroleum dengan pelbagai spesifikasi keselamatan dan rekabentuk yg mampu menghadapi pelbagai bentuk cuaca yg melampau yg dibina oleh Sumitomo Heavy Industries sebelum dibeli konsortium Kvearner dan diubah suai utk kegunaan Sea Launch.

Panjang asal platform tersebut ditambah dan pengubahsuaian tapak penggerudian kapada hangar dan tapak pelancaran roket dilakukan di Norway dari 1995-1997.

Selain itu kemudahan utama lain Ocean Odyssey adalah hangar yg mampu menyimpan roket ketika pelayaran, kemudahan pengisian dan simpanan bahan api roket (kerosene dan oksigen cecair) dan kemudahan penegak (erector) roket utk pelancaran, dengan keupayaan pelancaran roket 3 peringkat selain mempunyai sistem pendorongan sendiri (self-propelled).

Keupayaan Ocean Odyssey utk mengekalkan kedudukannya secara dinamik membolehkan platform tersebut melancarkan roket ke angkasa dalam keadaan laut bergelora.

Ocean Odyssey mengalami sedikit kerosakan apabila roket Zenit3SL yg membawa satelit Boeing 702 NSS 8 meletup di tapak pelancaran sejurus pelancaran dilaksanakan.

SEA LAUNCH COMMANDER

Sea Launch Commander adalah kapal jenis roll-on roll-off yg diubah suai menjadi kapal arahan konsortium Sea Launch yg dibina oleh anak syarikat Aker, Kvearner Govan Limited di Scotland.Sea Launch Commander menjadi platform yg dibina khusus utk tujuan penyediaan roket dan beban bayar sebelum pelancaran di geladak bawah serta pusat arahan dan kawalan pelancaran roket di bahagian geladak atas.

Kapal yg didaftar di Long Beach, California dan diklasifikasi oleh ABS ini mempunyai dimensi 200m panjang,23.3m lebar dan berat sehingga 30000 ton serta mempunyai kemudahan utk 230 orang anak kapal dan klien, kapal ini mempunyai jarak operasi sehingga 18000nm serta boleh melalui terusan Panama.

Sea Launch Commander mempunyai anak kapal yg terdiri dari pelbagai kewarganegaraan,terutamanya yg bekerje dgn konsortium masing-masing.Urusan navigasi kedua2 platform itu dipertanggung jawabkan kepada pegawai dan pelaut Norway manakala urusan teknikal roket serta integrasi sistem diletakkan di bawah pengurusan krew dari USA dan Russia dengan keupayaan dan kemudahan pusat kawalan pelancaran pada kapal Sea Launch Commander yg terdiri dari unit-unit khas utk operasi pelancaran menggunakan bahasa inggeris dan russia yg diterjemah secara dua hala.



Ocean Odyssey dgn roket Zenith3SL di tapak pelancaran


Sea Launch Commander dan Ocean Odyssey

-come to sea and see for yourself-

No comments: