jam 0030H GMT-8...Blackberry yg di issue kerajaan tiba2 berdering...panggilan tersebut dijawab...dan pemanggil menyatakan bahawa terjadi rampasan kapal oleh lanun...
ops room menjadi destinasi pemilik Blackberry tersebut...masalah ini perlu diselesaikan...
MT BUNGA LAUREL callsign 3EYR7 (ThreeEchoYankeeRomeoSeven)
MT BUNGA LAUREL...L class chemical tanker yg di hired oleh M.COSTUS S.A dan di urus oleh MISC BHD ini di daftarkan di Panama....dgn berat 19999.15MT...dan membawa komoditi seperti bahan kimia dan produk petroleum...
ya btul...MT BUNGA LAUREL kena hijack dengan lanun Somalia...sejam selepas BM5 declare detachment of escort kat waypoint Easton bersama2 LNG/C MT SERI BALHAF....
tapi disebabkan kecekapan krew MT BUNGA LAUREL yg dengan pantas menghantar distress signal melalui jaluran komunikasi VHF..HF...dan MF yg menarik perhatian BM5 yg serta merta bergerak ke arah MT BUNGA LAUREL yg hanya 14 batu nautika selepas detachment serta mengaktifkan SSAS yg turut menghantar isyarat kecemasan via satelit terus ke MISC Bhd di Kuala Lumpur...
23 orang krew kapal kemudian berlindung dan mengurungkan diri mereka di dalam designated citadel kapal tersebut di engine room...yg mana sedikit sebanyak membantu Shipboard Protection Team utk menggempur lanun without remorse....bila tiada krew yg ditawan...dan semuanya berkumpul di satu tempat yg selamat...risiko kematian krew menurun...dan pasukan khas boleh fokus sepenuhnya pd objektif menawan atau membunuh lanun...
serangan keatas MT BUNGA LAUREL berlaku ketika senjakala....dimulakan dgn7 org lanun lengkap bersenjata AK-47...dan dengan kehadiran kapal induk lanun itu sendiri...yg merupakan sebuah kapal kargo...
hot lead dihadiahkan kepada kapal induk tersebut oleh krew senjata Fennec...dan 7 lanun yg masih lagi standard budak2 sekolah tapi hati kering telah bersemuka dgn aggota pasukah khas...kenapa budak2 je..??
sebab lanun2 lain yg tahu selok belok mengendali alatan navigasi dan operate kapal akan datang kemudian...sebaik 7 orang nih berjaya overpower krew kapal...tp dlm kes ini...mrk gagal utk overpower kapal...hanya dapat naik dan take over kapal tanpa kehadiran krew...
tembak menembak berlaku...dan lanun2 tersbut berjaya ditundukkan....Shipboard Protection Team yg majoriti terdiri dari anggota PASKAL..dan juga disertai anggota GGK dan PASKAU berjaya mengambil alih kapal tersebut tanpa sebarang kecederaan pd pihak krew dan anggota yg terlibat...
skinny bastards...never dare to climb onboard any of my company ships...!
benar..kedengaran seperti sebuah berita baik...tp sebenarnya ini menunjukkan bahawa para lanun ini telah sekian lama observe pergerakan escort group BM5....dan ini juga menandakan bahawa cara lanun ini beroperasi telah berevolusi...dari lanun pesisir pantai yg hanya dilengkapi bot laju kepada lanun laut lepas yg mampu melaksanakan hijacking operation jauh dari jangkauan dan perlindungan kapal2 perang internasional yg bersepah2 di Gulf of Aden...
dan bagi seafarers...ancaman lanun somalia yg kurus x cukup makan ini masih belum berakhir..dan ancamannya semakin hari semakin komplikated...dan kemampuan utk mempertahankan diri pd merchantmen pd masa kini masih lg di tahap pasif....hanya berbekalkan hos bomba yg dipasang di tempat2 strategik...kawat duri yg di letakkan di shipside sepanjang transit...dan lain2 bentuk pertahanan diri yg dibolehkan...
bergerak di dalam konvoi yg di escort masih lagi menjadi pilihan....dan dgn kes terbaru ni...aku mmg konfirm jarak escort akan di tambah....dan keperluan utk 2nd escort vessel kelihatan mendesak...dengan ancaman yg mejangkau lebih jauh dari pesisir pantai Somalia...termasuklah beberapa serangan2 yg berlaku berhampiran wilayah laut India dan kepulauan Maldives..
anyway...congrats utk Shipboard Protection Team...krew BM5 dan Fennec crew...air and ground....aku mmg dah tau korang mmg power...
THANK YOU FOR THE ESCORT...HIGHLY APPRECIATE IT....
-come to sea and see-