Welcome Aboard Mariners Alike - Malaysia Rule The Waves

its hard to describe how a man could left everything he had on land and went out to sea...
its even harder to describe how bright the stars at night and how fresh the cool morning air when you are in the middle of the ocean...
the hardest thing is to describe how close you are to death and how god could took your life at any time...
come to sea and see for yourself...

GOD SPEED AND FAIR WINDS


come to sea and see for yourself

this blog is dedicated to mariners,navigators and seafarers alike, merchant or naval for others to had a glimpse of what we do and what we faced in the vast blue oceans.

Disclaimer :
Please inform in advance the owner of this site if you tend to use any postings entitled or labeled "story of watch keeping officer"..."nautical studies" and "panorama di laut biru" in this site for your website or for any other purposes.

The owner could be contacted through Facebook or email at kartefower_444@yahoo.co.uk

Thank you.

Tuesday, April 20, 2010

story of watchkeeping officer - i`ll be safe out there...

entri keselamatan....safety first sir..!!! ayat agak skema....wahaha...



bila ini macam...baik blah..xde makna stay lama2 - MV Selendang Ayu : patah dua kat Alaska...


lautan adalah ruang yg tidak menentu sifatnya....kadang2 ombak boleh mencecah berpuluh meter....angin boleh membadai dgn kelajuan lebih dari120km/j...suhu boleh turun sehingga bawah paras beku...jarak penglihatan boleh berkurang sehingga 1m shj...

kapal adalah satu platform yg dibina utk membolehkan manusia hidup di lautan yg ganas...dgn membawa komoditi penting dr point A ke point B...dgn selamat tanpa sebarang kecelakaan...baik dr ancaman cuaca mahupun ancaman yg melibatkan pengaruh manusia...

dlm keadaan ekstrem ini...kapal2 dibina khas utk menghadapi kesan cuaca dan keganasan lautan yg melampau...atau dpt sekurang2nya bertahan dr kemalangan mcm perlanggaran...kebakaran...atau letupan....tp x semua kapal selamat...sampai satu tahap...kapal akan sampai satu breaking point...dimana ia x lg selamat utk diduduki....

bila ini berlaku...anak kapal terpaksa ambik langkah..utk meninggalkan kapal...krn kapal x lagi selamat...

bg pelaut..."the safest place for a mariners is onboard a ship while were at sea"....tp bg menghadapi sebarang kemungkinan...terdapat alternatif2 yg dapat menyelamatkan nyawa bila berlaku sebarang perkara x diingini....


bila dalam air sorang2..lifejacket..immersion suit ngan lifebuoy jd teman...


bila jadi perkara2 yg x diingini...anak kapal akan diarahkan oleh kapten utk berkumpul di muster station...kalau dapat arahan abandon ship...anak2 kapal kena siap sedia utk tinggalkan kapal...

dalam prosedur meniggalkan kapal...anak2 kapal kena pakai lifejacket dan immersion suit..in case terdapat keperluan utk terjun ke dalam air kalau dah terpaksa...immersion suit akan mengelakkan anak kapal dari basah dan kesejukan air laut...dan lifejacket akan memberikandaya apungan kepada anak kapal...mengelakkannya dari lemas....

bila dah siap berkumpul...chief officer atau 2nd officer..bg lifeboat no.1 dan lifeboat no.2 akan check semua anak kapal siap dgn lifejacket dan immersion suit...dipakai dgn betul dan cukup aksesori cam wisel ngan lampu....

free fall lifeboat - fully enclosed

skarang baru boleh gi le lifeboat...

mula2 sekali...setiap kapal akan ada lifeboat...utk kapal merchant..at least dua dgn kapasiti 100% jumlah krew kapal..kalau kapal passenger depends kpd kapasiti maximum penumpang...lifeboat ni adalah survival craft yg mempunyai enjin yg dpt menggerakkan boat pd kelajuan 6knots dan ketahanan selama 24 jam sebelum habis minyak....

lifeboat dibina dan diletakkan diatas kapal berdasarkan jumlah maksimum anak kapal...kalau anak kapal ade 60 org...kapasiti maksimum 60 org utk satu lifeboat...dlm lifeboat ni yg ditempatkan di kiri dan kanan kapal...telah tersedia peralatan dan bekalan makanan dan air minuman bg menyokong kehidupan survivor sementara menunggu bantuan sampai...

peralatan survival ditempatkan di dalam lifeboat adalah bertujuan utk membolehkan survivor dpt meneruskan hidup....dr alatan memancing...bekas simpanan air hujan...radio...carta navigasi...suar atau flares...buku panduan survival at sea...ration makanan...spare part utk enjin...dan pelbagai lagi alatan yg dpt membantu keberterusan hidup...

ada tiga jenis lifeboat utama yg digunakan scr meluas...dgn fully enclosed lifeboat digunakan pd kebanyakan kapal tanker dan kontena...semi enclosed life boat dan open life boat...yg mcm lifeboat cite Titanic tu...
ada jugak kapal yg guna satu lifeboat...dgn sistem pelancaran yg berbeza iaitu free-fall lifeboat...


inflatable liferaft dlm container - 25 menunjukkan jumlah survivor bg satu liferaft..

inflatable liferaft adalah survival craft yg ditempatkan didalam kapsul...mempunyai kelengkapan yg sama dgn lifeboat...cuma liferaft xde enjin....

kapasiti liferaft berbeza dgn kapasiti lifeboat...tp jumlah liferaft perlu dpt menampung jumlah keseluruhan anak kapal...maknanya kalau krew kapal ada 60 orang...kena ada liferaft dgn kapasiti 20 orang sebyk 3 unit...ditempatkan di kiri dan kanan kapal...

liferaft ni kira cam 2nd backup..sekiranya...krew dah x sempat langsung nk launch lifeboat...atau lifeboat tu sendiri jd mangsa kecelakaan...samada akses ke lifeboat terhalang oleh api atau atas sebab2 yg x terjangka...


dalam kes2 yg melibatkan abandon ship...krew kapal akan transmit kedudukan terakhir kapal dgn sistem GMDSS (global maritime distress and safety system)...dimana maklumat cam kedudukan akhir kapal...masa...nama kapal dan situasi kecemasan yg dialami dan dihantar dgn menggunakan gelombang radio MF/HF dan juga dgn menggunakan isyarat satelit Inmarsat kpd kapal2 lain dan MRCC (maritime rescue coordination center) agar tindakan selanjutnya boleh diambil oleh SAR (search and rescue) unit yg bertanggungjawab dr kawasan berdekatan....

SART - kat kapal ade 2...kiri satu...kanan satu...


selain dr sistem radiokomunikasi kapal...ada gak peralatan yg akan dapat membantu survivor agar lebih mudah dikesan oleh SAR...cam SART (search and rescue radar transponder) yg merupakan transponder dgn frekuensi 9Ghz.

SART menghantar isyarat kpd radar X-Band...isyarat akan muncul pd skrin radar yg mana ia menunjukkan kedudukan transponder itu scr kasar...pada kapal merchant...akan ada sekurang2nya 2 SART..dletakkan di tempat yg berdekatan dgn boat embarkation deck...

kalau free fall lifeboat...salah satu SART mesti diletak dlm lifeboat tu sendiri...in case kalau mmg x sempat nk ambik SART time emergency..at least ade lg sebijik dlm lifeboat...

EPIRB - radio beacon yg hantar emergency msg terus ke satellite...then kpd MRCC...

EPIRB (emergency position indicating radio beacon) adalah alat yg memancarkan isyarat radio kpd satelit COSPAS-SARSAT berfrekuensi 406Mhz...dimana terdapat maklumat berkaitan kapal...cam nama...callsign...MMSI number...kedudukan terakhir kapal dan masa...

EPIRB selalunya ditempatkan diluar kapal...dan dilengkapi alatan pelepasan hidrostatik (hydrostatic release unit) yg mana..bila kapal tenggelam..alat ini akan melepaskan EPIRB..membiarkan ia terapung dan seterusnya ia diaktifkan...

Ada kes...EPIRB ni diambil oleh krew..kalau sempat...sebab kedudukan yg dipancarkan oleh EPIRB kpd satelit dan yg diterima oleh MRCC adalah sangat tepat dan sungguh cepat...membolehkan SAR unit melaksanakan operasi menyelamat dgn lebih efektif....

hand flare - jalan akhir...menarik perhatian pasukan penyelamat...

Bila survivor rasakan...ade kapal atau pesawat peronda dekat dgn diaorang....rocket parachute...hand flares dan buoyant smoke signal digunakan untuk menarik perhatian...supaya kapal dan pesawat yg scr x sengaja lalu dekat area tu...atau kapal dan pesawat yg terlibat dgn operasi SAR dpt di alert kan dan memberikan bantuan kpd para survivor...kiranya tu jalan akhir bg survivor...

so..sikit2 pasal life saving appliances....pada mak ayah...soulmates...jgn risau ok...pray that were safe out there...and if thing goes bad...there is still hope...

-come to sea and see for yourself-

No comments: