entri kapal yang perang...
FFG-7 USS Oliver Hazard Perry - mula beroperasi circa 1976 dengan hampir 51 unit kombatan utk USN dibina sehingga tahun 1989
satu ketika dahulu...kedengarang akan ura2 adanya intention dari kerajaan Malaysia dan TLDM untuk membuat pembelian 2 unit frigate USN yg dilucut tauliah.....Alhamdulillah niat itu terbatal...dan artikel ini akan memberikan sedikit gambaran ekstensif kenapa...dari analisis pihak penulis mengapa pembelian tersebut tidak sepatutnya dibuat......sadinia
there are news stating that our Chief Of Navy is interested and pushing our government to purchase 2 (dua kah..atau lebih) Oliver Hazard Perry class frigate from the United States Navy...
many would say that it will be a good purchase...
but not me...
why is that..?
pemilikan aset kombatan seperti frigate yg dinyatakan memang lah dialu-alu kan namun pelbagai kriteria perlulah diambil kira untuk mengelakkan pembelian itu tidak berbaloi...
memang benar RMN kini amat terdesak untuk memenuhi keperluan operasi armada mereka dengan jumlah aset yg ada utk tujuan rondaan wilayah laut kita amat tipis di perbatasan...dan adanya keperluan utk mempunyai unit kombatan sementara yang boleh memikul tugasan ini sementara menunggu kehadiran kombatan generasi kedua yang masih lagi dalam desas desus pemilihan sistem dan penilaian akhir rekabentuk
frigate Oliver Hazard Perry adalah kombatan permukaan pelbagai tugas yg dilengkapi dengan persenjataan 3 dimensi yang mampu menghadapi ancaman permukaan,bawah permukaan dan serangan udara....salah satu aspek yg saya pasti pada awal2 lagi telah menarik minta RMN utk melihat dan menimbang pembelian....
antara tugasan utamanya adalah sebagai pemburu kapal selam, sebagai kombatan sokongan tembakan ketika operasi amfibia dan juga menjadi sebahagian dari kumpulan perang kapal pengangkut pesawat.
sebanyak 71 unit kombatan ini telah dibina,51 unit untuk kegunaan USN dan selebihnya adalah utk negara kedua seperti Australia,Taiwan dan Sepanyol.
kapal perang ini telah berkhidmat dengan empat negara pengguna kedua yang menerima kapal perang USN yang telah dilucut tauliah.
dari empat negara ini,iaitu Pakistan,Mesir,Poland dan Turki,hanya kombatan dari Turki melaksanakan naik taraf ekstensif (sebab Turkiye byk duit) dan peningkatan keupayaan persenjataan dan penderiaan yang dikemaskini menjadikan ia setaraf dengan keupayaan kombatan yg sama kelasnya yang dimiliki Australia dan USN sendiri manakala pemilik2 lain seperti Pakistan dan Mesir hanya mendapat apa yang diberi dari USN itu...
persoalannya adakah pembelian oleh kerajaan adalah semata2 dua refurbished hull yg asalnya didalam simpanan USN ataupun seperti yg digembar gemburkan adalah aset yg bakal dilucut tauliah dan akan serta merta di serahkan kepada RMN....tanpa ada apa2 peningkatan upaya...semata2 kapal sahaja...dan segala yg sedia ada diatasnya....jika mengambil kira faktor umur...kebanyakan pembelian kombatan ini dilakukan pada akhir 90an dan ada sebahagian dari kapal perang USN ini telah berkhidmat selama 15 tahun...satu jangka masa yang pendek....dan satu pembelian yang berbaloi....pada masa itu...
pasti akan ada yg menyatakan....kombatan penyerahan panas (hot transfer) itu memadai dgn persenjataan sedia ada yg sebelum ini digunakan USN...kerana objektif RMN hanyalah utk menambah jumlah kombatan permukaan utk tugasan rondaan di laut lepas...dan x lebih dari itu...
tetapi kenapa kita tidak bersandarkan kepada Turki yang menaik taraf kapal tersebut secara ekstensif...malah lebih baik keupayaannya dari kapal USN sendiri...jika alang2 sudah ada platform....baik digunakan sehabis baik...
FFG-33 USS Jarret - dilucut tauliah oleh USN dan disimpan utk penjualan kepada negara kedua...adakah kombatan ini akan memasuki inventori armada RMN..??
faktor kewangan adalah faktor utama yang dihadapi RMN dan pembuat dasar dalam kerajaan Malaysia...jika sejumlah wang yg diperlukan utk menaik taraf keupayaan tempur adalah sama dengan kos pembelian aset kombatan permukaan yg baru....maka ia adalah amat2 tidak berbaloi....selain kita sendiri masih belum mengetahui samada....adakah kita akan menerima aset lucut tauliah USN yg betul2 boleh dianggap masih lagi mempunyai sisa umur berbaki yang masih panjang atau kita akan menerima aset yang betul2 tua dan agak parah utk kita selenggara setiap kali selepas operasi....
dan adakah dengan pembelian kapal sahaja tanpa naik taraf akan memberikan gerenti yang kapal yang dibeli itu akan lebih banyak masa operasi nya di laut lepas berbanding di limbungan utk kerja2 baikpulih....
Pakistan sendiri menerima sebuah frigate kelas Oliver Hazard Perry yang kedua paling tua dalam kelas frigate itu sendiri iaitu USS McInerny.....dgn harga yang berpatutan namun adakah ia nya berbaloi....?...bagaimana dengan negara kita...?
G class dari Turki
Turki juga menerima frigate yang sama dalam siri short hull tanpa apa2 naik taraf pada tahun 1997 dan dikelaskan sebagai
G class frigate....antara kapal2 USN yang paling berumur dalam kelasnya...tetapi kewangan Turki membolehkan kapal perang tua ini menerima naik taraf dan modenisasi yang ekstensif pada tahun 2007...terutama dari segi persenjataan dan penderiaan serta pemanjangan jangka hayatnya....selain dari pemanjangan haluan dan buritan utk membolehkan kapal perang ini mengoperasikan helikopter maritim bersaiz sederhana..
ini berbeza dengan Australia dan Taiwan serta Sepanyol yang membina sendiri frigate Oliver Hazard Perry iaitu
Adelaide class frigate,
Cheng Kung class frigate dan
Santa Maria class frigate secara berlesen dilimbungan dalam negara mereka sendiri.....namun ia juga tidak sunyi dari permasalahan....
Australia sendiri menghadapi
permasalahan setelah membelanjakan hampir 1.5 billion AUSD untuk kos
naik taraf sehinggakan ada ahli parlimen mereka mengatakan yang kapal-kapal perang itu tidak mencapai standard yang ditetapkan utk operasi laut lepas....dan pada tahun 2009 dan 2011...Australia melucutkan tauliah dua kapal perang dari kelas Adelaide ini....setelah berbelanja sakan untuk naik taraf....
malah naik taraf Adelaide class frigate ini juga mengalami kelewatan sehingga 4 tahun dari yang dirancang....mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak....
maka perbandingan antara Malaysia dengan operator sedia ada frigate ini tidak boleh diterima bulat2..operator sendiri juga mengalami pelbagai permasalahan....yg membezakan samada mereka mampu menyelesaikan isu2 berbangkit adalah adanya sejumlah kewangan...yg saya pasti tiada dalam poket kerajaan Malaysia buat masa sekarang...
seperti yang dinyatakan....frigate2 USN ini diserahkan kepada negara ketiga dalam keadaan sedia...tanpa ada apa2 naik taraf....ini terang dan jelas pada operator lain seperti Mesir,Pakistan dan Poland yang menerima seadanya kapal perang USN ini dan kebanyakannya berumur lebih dari 30 tahun dan telah dioperasikan secara maksimum oleh USN sendiri..kapal2 ini hanya menerima baikpulih asas dan juga pemeriksaan asas sebelum diserahkan kepada pembeli....
malah krew
USN sendiri tidak terdaya namun masih terus siaga mengoperasikan kapal perang ini...walaupun mengalami permasalahan kekurangan alat ganti...pengunaan sistem yang telah dimamah zaman serta keadaan kapal itu sendiri yang telah digunakan semaksimumnya utk pelbagai operasi kelautan....
membandingkan keadaan USN mengoperasi kan kapal perang ini dengan RMN yang mempunyai perbelanjaan yang amat ketat...adakah kita pasti dapat mengoperasikan kapal perang ini....dengan pelbagai permasalahan yang akan dihadapi oleh anak2 kapal RMN sendiri....
selain itu...kita perlu ingat yang program LCS USN juga mengalami permasalahan dan kelewatan...menyebabkan kebanyakan frigate sedia ada mereka mungkin akan terus berkhidmat dgn USN utk satu jangka masa lagi sebelum program LCS benar2 berada pada landasannya.....
RMN semestinya mampu untuk mengoperasikan kapal sedemikian yang banyak cacat cela ini dan tua umurnya...tetapi bagaimana dengan kos yang sememangnya akan meningkat...adakah kerajaan sedia utk membelanjakan sejumlah wang yang amat besar kuantitinya utk kerja2 baikpulih berjadual dan lain2 perkara...seperti yang berlaku pada KD Sri Inderapura....
jangan satu hari nanti...kapal perang ini dibeli dan kemudiannya akan berada di limbungan lebih lama dari di lautan...
paling penting sekali....peruntukan seperti ini sepatutnya pergi kepada naik taraf persenjataan kapal2 Kedah class NGPV yg sehingga hari ini.....tidak bertaring dan tidak berbisa....
-sadinia-